Friday, 18 November 2011

Mujahid :)




ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang hatinya tenang di atas segala dugaan..
dan imannya teguh seperti benteng yang kukuh..

ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang hatinya tiada lalai daripada mengingati Allah..
dan takwanya tinggi menggapai langit..

ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang amalannya tulus dan ikhlas kerana Allah..
dan semangat juangnya yang jauh daripada luntur..

Namun aku sedari,
aku masih jauh daripada siapa diriku yang aku impikan..
namun,aku berdoa kepada Allah..
dan akan aku terus berusaha..
supaya impianku itu tidak kekal sebagi impian,namun menjadi satu kenyataan.. 

InsyaAllah

Buatmu Sahabat2 :)




‎Buat sahabat yang jauh.Bila hati ini ikut merasai apa yang kamu rasa tapi lidah kelu untuk berbicara. Semoga Allah sentiasa menjagamu. Semoga Allah kuatkan kamu bilamana kamu lemah. Andai hatimu terluka, moga Allah gembirakan kamu. Jadikan ujian sebagai tarbiyah untuk kamu semakin matang. Andai kegagalan datang menerjah, semoga Allah melapangkan hatimu. Andai kejayaan datang bertamu, semoga kamu bersyukur