Friday 20 January 2012

Ukhwah =)



Tika wajah tebal menakung air mata, sahabat sejati akan segera mententeramkan tanpa bertanya berita.

Tika hari sunyi tanpa sesiapa menemani, sahabat sejati akan mencari biarpun hanya suara yang berbunyi,
Tika hati keliru dengan persoalan, sahabat sejati tidak akan meninggalkanmu terbeban sendirian mencari penyelesaian..
Betapa mulianya tugasmu sahabat sejati, namun adakalanya kau akan pergi menyelesaikan urusan peribadi,
Tidak mengapa tinggalkan aku disini, bukankah kita ada Allah yang tidak akan pernah meninggalkan kita sendiri.
Aku akan sentiasa baik-baik dengan kasih sayang Allah beri, aku akan menyelesaikan permasalahanku dengan pertolongan Allah yang tidak bertepi.



Ya Allah, walaupun aku terasa bersendirian, tetapi aku sebenarnya lupa bahawa Allah akan sentiasa ada, hanya aku yang sentiasa alpa…maafkan aku, Allah.




#kata2 ats ni diambil kat sini



2a2 SHAMS 2011
semoga ukhwah ini berpanjangan dan diredhai Allah T_T

Friday 18 November 2011

Mujahid :)




ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang hatinya tenang di atas segala dugaan..
dan imannya teguh seperti benteng yang kukuh..

ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang hatinya tiada lalai daripada mengingati Allah..
dan takwanya tinggi menggapai langit..

ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang amalannya tulus dan ikhlas kerana Allah..
dan semangat juangnya yang jauh daripada luntur..

Namun aku sedari,
aku masih jauh daripada siapa diriku yang aku impikan..
namun,aku berdoa kepada Allah..
dan akan aku terus berusaha..
supaya impianku itu tidak kekal sebagi impian,namun menjadi satu kenyataan.. 

InsyaAllah

Buatmu Sahabat2 :)




‎Buat sahabat yang jauh.Bila hati ini ikut merasai apa yang kamu rasa tapi lidah kelu untuk berbicara. Semoga Allah sentiasa menjagamu. Semoga Allah kuatkan kamu bilamana kamu lemah. Andai hatimu terluka, moga Allah gembirakan kamu. Jadikan ujian sebagai tarbiyah untuk kamu semakin matang. Andai kegagalan datang menerjah, semoga Allah melapangkan hatimu. Andai kejayaan datang bertamu, semoga kamu bersyukur