Friday, 30 September 2011

Taubat! :)

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya (taubat nasuha), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

surah At-Tahrim :8


Thursday, 29 September 2011

Sifat MALU :)


Sifat MALU itu berharga
wahai Muslimin dan Muslimat
tanpa sifat malulah,wanita sanggup berpakaian ketat,
tanpa sifat malulah wanita sanggup melunakkan suara di hadapan lelaki,

tanpa sifat malulah lelaki sanggup mendedahkan aurat,
tanpa sifat malulah lelaki sanggup melakukan maksiat secara terang terangan,


oleh itu,tanamlah kembali sifat MALU
kerana MALU mu itu,sungguh berharga..







Wednesday, 28 September 2011

Perjalanan Da'ie :)

Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan.ketika itu orang akan hairan melihat dia meletihkan diri dalam kelelahan dan bertanya..
"sampai bila kau akan melelahkan diri ? "
maka jawab si dai'e.. 
"aku mengharapkan rehatku di syurga"...

 

Duhai Mujahidah! :)



"Duhai Mujahidah..
Ayuh berubah!
Usah menyerah!
Segera bangkitlah!
Gapai Solehah!
Capai Mardhatillah..

Menangis kerana Allah :')


Rasulullah bersabda : “Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak” 


(HR. Al-Hakim)

Tuesday, 27 September 2011

Bergaul dengan si soleh dan berilmu :)

 Nasihat Luqman Al Hakim kepada Anaknya
"Wahai anakku..Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu.Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya.Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan."
 

Monday, 26 September 2011

Dear believers :)

Wahai Muslimin dan muslimat..

sesungguhnya kita bukanlah sentiasa gagah...
sesungguhnya kita bukanlah sentiasa menang melawan nafsu...
sesungguhnya kita bukanlah sentiasa terhindar daripada melakukan kesalahan...
oleh itulah kita perlu bertaubat kepadaNya...
oleh itulah kita perlu sentiasa kembali kepadaNya...
dan bantu membantulah antara satu sama lain..

.."Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan keburukan.Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya"
(surah Al maidah : 2)



Sunday, 25 September 2011

Sahabat :')

kadang2 kita melakukan kesilapan tanpa kita sedari..pada waktu inilah pentingnya mempunyai sahabat yang baik kerana sahabat yang baik akan memberitahu dan menegur kesilapan kita..insyaAllah :)

Love this so much :)


Kau berikanku segala-galanya 
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia 
yang sungguh indah dan 
Kau hiaskannya dengan intan permata 
dengan jua wanita 
dan kedudukan yang memalingkanku 
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam 
sujud cintaku…

Friday, 23 September 2011

Adab ketika makan

"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya."
-(Hadis riwayat Imam Muslim)

Terimalah taubatku ya Allah :'(

Aku impikan diriku yang sentiasa ghairah bertasbih,
Mengadu rindu padaNya,
MengasihiNya sepenuh jiwa raga,
MencintaiNya sekuat hati.


Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata..
Akibat rindunya aku pada Penciptaku,
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat,
Akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaanku padaNya.


Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya,
Pabila nama tuhanku disebut,
Jantungku berdegup kencang..
Bila disebut azabNnya,
Tetapi tenang semula..
Bila dicerita kasih sayangNya.


Aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNya,
Akan nikmatnya yang tidak terhingga,
Kerana aku tiada apa-apa,
Dialah yang Maha Pemberi.


Aku impikan diriku yang sentiasa bertawakal padaNya,
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku,
Maha Suci dari menzalimiku,
Kerana Dia Penciptaku,
Yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif seperti aku :’)

Surah Al-Hujurat (ayat 12)

“Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.

Wednesday, 21 September 2011

Rezeki :)

”Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu”

Balaslah kejahatan dengan kebaikan :)

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"