Friday, 21 October 2011

Untukmu adam dan hawa :)

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Tuesday, 11 October 2011

Takdir :)

“Takdir kadang-kadang Mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, Memberi apa yang tidak dirancang, Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.
Namun Takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.”

berkaitan pula dengan soal cinta..

"seseorang yg telah Allah tetapkan untuk dirimu tidak akan dapat dimiliki orang lain dan seseorang yang bukan Allah tetapkan untukmu tidak akan dimiliki oleh dirimu."

Jadi,di samping berusaha,bersabarlah dan belajarlah untuk redha di atas segala ketentuanNya..dan jangan sekali kali menjadikan fitrah itu fitnah,sesungguhnya perkara itu telah ditetapkan olehNya..



#juga pesanan buat diri ana

Sunday, 9 October 2011

cinta pada yang selayaknya (Allah) :)



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Friday, 7 October 2011

Cinta? :)



''Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah..Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu,ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki''

“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa.
Dicintai seseorang adalah sesuatu.
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti.
Tapi,dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya”

Wednesday, 5 October 2011

Maaf :)


Assalamu'alaikum..

Sebagai manusia,kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan ..untuk post ini,saya akan cuba tekankan dan huraikan sedikit perkara2 yg berkaitan dengan kesalahan terhadap manusia,InsyaAllah..



jom fikir,pernahkah kita melakukan perkara2 berikut?


  • Mengejek manusia yg lain.
  • mengumpat manusia yg lain
  • menghina manusia yg lain
  • bercakap perkara2 yg tidak disenangi oleh manusia yg lain
  • memfitnah manusia yg lain
  • meninggikan suara dan menengking manusia yg lain.
  • mengasari manusia yang lain
  • menyakiti manusia yg lain menggunakan tangan,kaki dll
  • mengambil atau mencuri sesuatu yg bukan milik kita.
berikut adalah beberapa kesalahan terhadap manusia yg mungkin kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar..pernahkah kita melakukannya?..Muhasabah2..oleh itu,sama2 lah kita cuba menjauhi perbuatan2 ini dan bermaaf-maafanlah..


    “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
    (Riwayat Bukhari)